Tahniah buat ahli kumpulan kerana telah berjaya mendapat pembentangan yang terbaik. Terima kasih kepada Dr. Fariza kerana telah memberi buku nota sebagai hadiah. TQ so much....
0 Comments
Piktochart merupakan satu perisian yang sesuai digunakan untuk menghasilkan resume, pembentangan dan sebagainya dalam bentuk infografic. Dalam menghasilkan resume daripada penggunaan piktochart, ini merupakan satu alternatif yang baru dan berbeza dengan resume yang sebelum ini dipenuhi dengan tulisan sahaja. Resume yang dihasilkan melalui piktochart amat menarik kerana boleh dilengkapi dengan gambar, maklumat yang berkaitan serta bahagian-bahagian menarik yang lain. Informasi dalam resume menerusi piktochart juga senang diperolehi kerana boleh dihasilkan secara ringkas dan padat serta penuh dengan kreativiti kerana melibatkan penggunaan grafik yang menarik serta mudah untuk difahami oleh pembaca.
Dalam penghasilan Video Screencast ini, kumpulan saya telah mendapat tajuk Flipped Classroom.
Kami telah berjaya menghasilkan bahan video yang telah dimuat turun melalui Youtube. Google Form adalah digunakan untuk membina Borang secara Online. Melalui pembacaan saya : ASAS - menerangkan secara ringkas apa itu Google Form dan bagaimana untuk membina Borang yang mudah dan ringkas. LANJUTAN - menerangkan bagaimana untuk membina Borang yang lebih kelihatan profesional dan menarik. ANALISA - menerangkan bagaimana untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui Google Form dengan tepat dan pantas. Siapa pun anda, Google Form adalah sangat berguna bagi membantu anda dalam pelbagai perkara seperti di bawah: 1. Membuat Borang Soal Selidik - para guru, pelajar dan penyelidik sangat memerlukan jawapan dari hasil kajian misalnya untuk mengetahui keberkesanan kursus yang dijalankan. 2. Menyediakan Quiz/Ujian Online - cara ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, selain itu keputusan dan analisa ujian boleh dijana dengan pantas. 3. Mengumpul data - misalnya Borang Pendaftaran Pelajar, iaitu data-data mengenai pelajar dimasukkan sendiri oleh pelajar berkenaan dan dihantar kepada sekolah secara dalam talian. 4. Membuat Tempahan - misalnya menempah penggunaan bilik, alatan, tiket dan sebagainya. ASASLANJUTANANALISAAnalisa Data menggunakan Fulbaroo E-portfolio merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital secara online. E-portfolio dapat digunakan untuk menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan setiap individu yang menggunakannya. Dalam dunia pendidikan, e-portfolio amat berguna kepada guru mahupun pelajar. Guru boleh menggunakan e-portfolio sebagai medium pengajaran serta perkongsian maklumat melalui pengajaran dan pembelajaran. Manakala melalui pelajar, ia boleh digunakan untuk menyimpan bahan pembelajaran dalam menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada guru mahupun sebagai bahan rujukan di rumah menerusi perkongsian yang diperolehi daripada guru. Untuk e-portfolio, terdapat beberapa elemen yang penting iaitu organize, reflect, socialize, create, achieve, publish, feedback dan edit. Pengguna boleh membina e-portfolio sendiri yang merangkumi maklumat peribadi sebagai pengguna. Selain itu, semua maklumat boleh dimasukkan dalam portfolio tersebut sama ada dalam bentuk penulisan ataupun gambar dan video. Maklumat yang dikongsi dalam e-portfolio boleh diberi komen oleh pembaca untuk penambahbaikan ataupun sebagai perbincangan. Di sini, wujudlah interaksi sosial antara satu sama lain. Justeru itu, melalui e-portfolio, pengguna boleh berkongsi maklumat atau pandangan yang bakal memberi informasi dan idea kepada pengguna. Justeru itu melalui e-portfolio, semua maklumat yang disediakan bukan lagi seperti zaman dulu yang dibuat dalam fail biasa yang berisiko tinggi untuk hilang. Semua pengendalian maklumat adalah terletak di hujung jari dan boleh ditambah ataupun diakses pada bila-bila masa. Weebly merupakan satu platform untuk membina laman web secara percuma. Weebly yang menggunakan teknik 'tarik dan lepas' menjadikannya satu proses yang sangat mudah untuk pembinaan laman web atau blog. Selain itu, ia memberi lebih ruang untuk mengembangkan kreativiti pengguna. Selain itu, Weebly sangat sesuai digunakan dalam pendidikan di mana guru boleh memuat naik maklumat-maklumat seperti, gambar, video, peta minta, slide dan latihan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya weebly, pelajar boleh melayari laman web yang telah disediakan oleh guru sebagai medium atau sumber untuk mendapatkan maklumat. Melalui penggunaan ini, kaedah PAK-21 dapat didedahkan kepada para pelajar serta dapat menggalakkan mereka untuk meneroka penggunaan TMK dengan lebih bermakna. Di bawah ini merupakan cara-cara untuk membuat Perisian Weebly. COGNITIVISM Cognitivism is the study in psychology that focuses on mental processes, including how people perceive, think, remember, learn, solve problems, and direct their attention to one stimulus rather than another. Psychologists working form a cognitivist perspective, then, seek to understand cognition. BEHAVIORISM Behaviorism refers to a psychological approach which emphasizes scientific and objective methods of investigation. The approach is only concerned with observable stimulus-response behaviors, and states all behaviors are learned through interaction with the environment. CONNECTIVISM Teori Connectivisme merupakan alternatif tori pembelajaran pada abad digital. Connectivisme adalah integrasi prinsip yang diekplorasi melalui teori chaos, network, dan teori kompleksiti dan organisasi diri. Belajar adalah proses yang terjadi dalam lingkungan yang tidak nampak kepada peningkatan elemen-elemen. Kandungan pelajaran tidak seluruhnya dikawal oleh individu. CONSTRUCTIVISM Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembalajaran yang bersifat generatif. Tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menajadi lebih dinamis. The way to share complex information. Coggle is a collaborative mind-mapping tool that helps you make sense of complex things. Its easy to share information with others with Coggle.
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.
Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu: · A (Analysis) - Analisis · D (Design) - Rekabentuk · D (Development) - Pembangunan · I (Implementation) - Pelaksanaan · E (Evaluation) - Penilaian Fasa Analisis (Analysis) Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya: i. analisis terhadap pengguna, ii. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran, iii. kenalpasti matlamat pengajaran. Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan? c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut? Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk. Fasa Rekabentuk (Design) Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses: i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran. ii. Pembinaan item-item untuk ujian. iii. Pemilihan strategi pengajaran. Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran. Fasa Pembangunan (Development) Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan. Fasa Perlaksanaan (Implementation) Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan. Fasa Penilaian (Evaluation) Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan. Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sistematik melibatkan perancangan, mereka bentuk, mencipta, mengaplikasi dan membuat penilaian. Sebagai langkah awal dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM), guru perlu mengenalpasti pengguna, faktor kewangan, bahan dan kemudahan yang diperlukan supaya bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Seterusnya, barulah guru mula mereka bentuk ataupun membuat draft tentang idea BBM yang ingin disediakan. Setelah mempunyai kerangka yang jelas, barulah guru mencipta atau menghasilkan BBM yang bersesuaian dengan topik yang ingin diperkenalkan. Dalam pada masa itu, guru perlu memastikan bahan yang disediakan haruslah dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Peringkat seterusnya adalah pengaplikasian. Setelah bahan tersebut disediakan, guru perlu aplikasikan kepada target untuk mencapai objektif pembelajaran. Akhir sekali adalah penilaian. Peringkat ini merupakan peringkat yang sangat penting dimana ia membantu guru mengenalpasti keberkesanan BBM tersebut serta membuat penambahbaikan jika perlu.
Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses PdPc terutamanya di sekolah-sekolah rendah dapat mengekalkan minat pelajar. BBM merupakan ransangan yang dapat menggalakkan pelajar terus belajar dan seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran. BBM yang digunakan sekurang-kurangnya boleh dikategorikan kepada bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu menagajar eletronik dan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
|
Archives |