Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan ciri utama dalam inkuiri. Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. Pada peringkat prasekolah, inkuiri penemuan adalah lebih kepada inkuiri penemuan terbimbing. Melalui pendekatan inkuiri penemuan, murid akan mencapai pembelajaran yang lebih membawa makna kepada mereka.
KEMAHIRAN PROSES SAINS Kemahiran proses sains merupakan kemahiran asas dalam pendekatan inkuiri penemuan, dan juga kaedah saintifik. Ia membolehkan murid menyoal dan mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran proses sains dalam pendidikan prasekolah yang dapat dikenalpasti adalah memerhati, mengelas, mengukur, meramal, berkomunikasi dan membuat inferens. MEMERHATI Memerhati melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu. Berikut adalah beberapa petunuk kepada kemahiran memerhati:
Contoh:
MENGUKUR Semasa mengukur, kita membuat pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan objek seperti pensel, batang mancis, jari dan pembaris. Objek-objek ini menjadi pengukur. Berikut adalah petunjuk kepada kemahiran mengukur:
Contoh:
MENGELAS Mengelas berlaku apabila kita memerhati objek-objek atau fenomena lalu mengelompokkanya berdasarkan perbezaan dan persamaan. Berikut adalah petunjuk kepada kemahiran mengelas:
Contoh :
MEMBANDING DAN MEMBEZA Membanding dan membeza merupakan kemahiran berfikir yang digunakan semasa membuat pengelasan. Semasa membanding dan membeza, kita mencari persamaan dan perbezaan dengan menggunakan ciri-ciri pada objek. Berikut adalah petunjuk kepada kemahiran membanding dan membeza:
Contoh:
MERAMAL Meramal adalah kemahiran menjangka peristiwa akan datang berasas kepada pemerhatian dan pengamalan lalu yang boleh dipercayai. Berikut adalah petunjuk kepada kemahiran meramal:
Contoh:
BERKOMUNIKASI Berkomunikasi ialah menggunakan perkataan, simbol atau grafik untuk menerangkan atau menggambarkan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa. Berikut adalah petunjuk kepada kemahiran berkomunikasi:
Contoh:
MEMBUAT INFERENS Membuat inferens ialah memberi penerangan yang munasabah tentang sesuatu peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Berikut adalah petunuk kepada kemahiran membuat inferens:
Contoh:
|
|