pengenalan awal sains
Murid prasekolah ialah saintis muda semula jadi yang sentiasa mencari maklumat, menyiasat, dan meneroka persekitaran untuk memenuhi perasaan ingin tahu mereka.
Komponen sains awal di peringkat prasekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif untuk mencapai objektif berikut :
Murid perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding, meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur.
Kemahiran-kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan maklumat bagi:
Guru harus merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran sains yang akan dijalankan mengikut keperluan, minat dan pesekitaran murid untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan murid secara aktif, mencabar, menyeronokkan dan memberi makna kepada mereka. Dengan begitu, sikap positif murid terhadap pembelajaran sains akan ditanam dengan kukuh. Pembelajaran sains di peringkat ini diajar berdasarkan tema tertentu supaya dapat menarik minat murid berkaitan dengan keadaan semasa seperti musim buah-buahan, perayaan dan sebagainya.

- Mengenal diri dan menjaga diri
- Mengenal dan menjaga alam persekitaran
- Menggunakan Bahasa untuk berkomunikasi tentang alam sekitar
- Membuat pilihan, keputusan tentang kehidupan dana lam sekitar
- Berdikari dalam kehidupan seharian
- Menguasai kemahiran proses sains awal
- Menjalankan pemerhatian, membuat keputusan dan merekod
Murid perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding, meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur.
Kemahiran-kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan maklumat bagi:
- Memenuhi perasaan ingin tahu
- Menanamkan semangat cintakan alam
- Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
- Meningkatkan kualiti hidup
- Mengaplikasikan pegetahuan dan kemahiran saintifik
- Membina pemahaman konsep asas sains
- Meningkatkan pemikiran lgdik dan kritis
- Memupuk minat terhadap sains dan teknologi