pengenalan awal matematik
Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehiduoan seharian dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nolai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Pengajaran dan pembelajaran matematik awal ini disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan aktiviti secara tersusun bagi mencapai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dihasratkan. Pengajaran dan pembelajaran ini juga membantu dalam memberi idea kepada guru mengikut keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Contoh pengajaran ini diorganisasikan berdasarkan standard yang terdapat dalam standard Matematik Awal KSPK dan kesepaduan antara standard, kemahiran, aktiviti serta kaedah yang terdapat dalam KSPK untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan.
Contoh pengajaran ini bersifat fleksibel di mana guru boleh menggunakan ia sepenuhnya tanpa sebarang ubahsuai mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi setempat, kemampuan dan kebolehan murid, kreativiti guru, peruntukan waktu, perbezaan keperluan murid dan kemudahan alatan aktiviti.
Diharap contoh pengajaran dan pembelajaran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan ia akan membantu guru dalam mengahasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta memberi kotivasi kepada murid untuk belajar.