pengenalan PDPC BERTEMA
Pendidikan Prasekolah Malaysia memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Fokus uatama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membuka minda merek.
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana :
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut:
Pelbagai jenis tema yang boleh dilaksanakan di prasekolah. Antaranya ialah Orientasi, Diri Saya, Haiwan, Makanan dan lain-lain lagi. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di prasekolah mengambil kira tahap perkembangan kognitif, sosial, emosi, fizikal serta perbezaan setiap individu kanak-kanak dalam kelas prasekolah tersebut. Maka cadangan aktiviti yang diberikan boleh diubahsuai untuk memenuhi keperluan semasa dan setempat kanak-kanak dalam prasekolah masing-masing. Adalah diharapkan cadangan aktiviti ini boleh mengayakan lagi pengalaman kanak-kanak di prasekolah masing-masing di samping memberi sokongan idea dan inspirasi kepada guru-guru prasekolah.
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana :
- Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada tunjang yang berlainan.
- Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut:
- Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
- Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.
- Membuat persediaan pengajaran dn pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.