PENGENALAN BAHASA MALAYSIA
Pengalaman berbahasa dan berkomunikasi dalam pendidikan di peringkat prasekolah amat signifikan sebagai kemahiran yang perlu diberi prioriti agar asas yang kukuh dapat dibina sebelum murid-murid menguasai prinsip berbahasa pada aras yang lebih tinggi dan kompleks. Pengajaran dan pembelajaran ini turut berperanan untuk membantu memberikan panduan dan idea kepada guru untuk merancang dan menyediakan aktiviti yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan murid prasekolah pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun. Ini adalah atas rasional, agar potensi, nilai karismatik dan perkembangan individu akan dapat dibangunkan secara lebih realistik dan holistik seiring dengan perubahan persekitaran dan keperluan masa.
Diharapkan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran ini dapat digunakan sebagai sumber rujukan yang bermakna serta berupaya membantu guru bagi merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bervariasi.