Elemen-elemen dalam Weebly ialah elemen multimedia yang mana pengguna boleh menggunakan Embedded Document untuk memuat naik dokumen berformat PDF, M.Word, M. Excel dan M. Power Point. Jika pengguna telah dinaiktaraf ke Weebly Pro, pengguna boleh memasukkan elemen Video, Muzik, Flash, dan Youtube Video untuk memperkaya kandungan laman jualan kita. Elemen Custom HTML - Pengguna boleh copy and paste kod HTML dari sumber lain dalam elemen ini, contohnya kalendar, jam digital, visitor counter, kalkulator dan sebagainya. Jika pengguna menggunakan perkhidmatan email marketing software seperti Aweber, pengguna boleh copy and paste kod Opt-In form ke dalam elemen ini untuk mempergiat email marketing. Elemen Revenue - Pengguna boleh meletakkan gambar produk, harga jualan dan huraian ringkas mengenai produk yang ditawarkan. Semua hasil jualan akan diterima melalui akaun PayPal. Pengguna boleh memilih untuk meletakkan butang "Add To Cart' atau 'Buy Now'. Ia tidak memerlukan kemahiran coding - Weebly menggunakan menu drag-and-drop yang mudah, iaitu pengguna hanya perlu klik pada elemen yang dikehendaki, kemudian lepaskan klik di ruangan yang diingini. Untuk membina laman perniagaan online dalam masa yang singkat, Weebly adalah satu pilihan yang paling bijak dan tepat. Di samping itu, pengguna boleh mereka Contact Form sendiri untuk pelbagai tujuan, misalnya pendaftaran keahlian, maklumat pembelian, feedback, pertanyaan, soal selidik dan sebagainya. Ratusan design profesional - Design laman yang merangkumi pelbagai niche disediakan oleh Weebly dan sedia digunakan. Pengguna boleh menukar design seberapa kali yang boleh, bergantung kepada keperluan pengguna. Pembelajaran yang diperkenalkan seterusnya oleh Dr. Fariza, adalah bagaimana untuk membuat Google Form. Google Form ini membantu untuk merancang sesuatu, menghantar boring pemantauan secara online, atau mengumpul data atau maklumat dengan cara yang paling mudah dan cepat. Google Form ini boleh dihubungkait dengan spreadsheets. Terlebih dahulu, untuk membuat Google Form, perlu log in ke Gmail. Dengan spreadsheets, ia boleh menunjukkan bagaimana anda dapat menggunakan software ini dengan mengajukan pelbagai pertanyaan termasuklah maklum balas jawapan teks daripada pengguna. Selain itu, menerusi Google Form juga boleh membuat pertanyaan pilihan, daftar pertanyaan, pertanyaan skala dan banyak lagi. Kelebihan mempelajari membuat Google Form ini adalah penting sekiranya kita ingin membuat tinjauan dan keputusan yang diperolehi lebih cepat dan efisien.
0 Comments
Dalam Kursus Pengajaran Berbantukan Komputer (GGGE6663), menjelaskan tentang penggunaan komputer sebagai alat, tutor dan tutee kepada guru dan murid terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui sesi yang pertama bersama pensyarah (Dr. Faridza), beliau telah mendedahkan kami dengan lima jenis teknologi terkini yang berlaku dalam sistem pendidikan. Teknologi yang terkini secara langsung memberikan impak serta menonjol pada era globalisasi sekarang adalah pembelajaran melalui Drones. Selain itu, teknologi lain seperti 3D Printing, The Cloud, Biometric dan Holograms turut dikenalkan semasa sesi pertama kelas. Melalui video yang ditayangkan, beliau meminta kami untuk membincangkan penggunaan teknologi tersebut serta impaknya dalam sistem pendidikan masa kini. Melalui aktiviti yang telah disediakan, beliau meminta kami untuk berbincang serta memberikan pendapat tentang pemahaman kami terhadap tiga kategori penggunaan komputer Computer as Tools, Computer as Tutor and Computer as Tuteer tersebut. Kami telah memberikan perbincangan dalam laman perbincangan yang telah disediakan. Dalam sesi pertama ini juga kami diperkenalkan dengan Todaysmeet yang mana penggunaannya sebagai medium perbincangan sesuatu topik yang ingin dibincangkan. Untuk sesi Ice Breaking di dalam kelas, kami telah menggunakan Todaysmeet sebagai satu medium. Melalui Todaysmeet, sesi perkenalkan diri berlangsung denga mudah dan kami turut berkomunikasi tentang pelbagai maklumat bersama pensyarah. Todaysmeet juga merupakan satu medium yang dikenali sebagai crowdsourcing. Melalui Todaysmeet, apa yang saya dapat katakan ialah kelebihan yang diperolehi sangat bermakna kerana Todaysmeet merupakan pengalaman dan pengetahuan tentang satu lagi medium yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan ramai orang mengenai sesuatu topik dan serta medium perkongsiaan. Selepas itu, pensyarah meminta kami untuk melayari laman web beliau ( https://www.farizakhalid.com/ ) untuk melakukan beberapa aktiviti yang telah beliau sediakan. Kami perlu memberikan pendapat kami mengenai empat teori pembelajaran ( Cognitivism, Behaviorism, Connectivism and Constructivism ) melalui perisian Padlet yang telah disediakan oleh pensyarah. Melalui perisian Padlet tersebut, saya telah berkongsi serta boleh membaca pendapat daripada rakan yang lain. Justeru itu, saya dapat mengetahui lebih banyak lagi maklumat yang lain mengenai teori-teori pembelajaran yang telah dibincangkan. Pemelajaran seperti ini sangat bermakna kepada saya, kerana perkongsian melalui perisian yang telah diperkenalakan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang teknologi seterusnya meningkatkan amalan penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencari maklumat seperti jurnal ataupun artikel, terdapat beberapa laman web yang sesuai digunakan seperti :
Melalui laman web ini, pengguna dapat mengakses semua bentuk artikel yang bersesuaian dan terbaru sama ada dalam negara ataupun luar negara. Kemudahan ini amat berguna kepada pelajar sama ada dari peringkat rendah hingga peringkat universiti. Penggunaan laman web ini, sangat mudah untuk mencari maklumat yang terkini. Pengguna boleh mencari pelbagai maklumat yang berkaitan sebagai bahan rujukan tanpa sepatan. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar tidak semestinya perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat kerana semua bahan rujukan telah dibekalkan secara online menerusi laman web ini. Selain itu, masa dapat dijimatkan kerana mudah diakses di rumah dan maklumat juga lebih lengkap. Semua pelajar perlu digalakkan untuk mengakses laman web tersebut dalam menuntut ilmu yang terkini serta menerokai maklumat dengan lebih luas. Melalui perisian Padlet yang telah disediakan oleh Dr. Fariza, kami diminta untuk memberikan pendapat atau perkongsian maklumat mengenai empat teori pembelajaran yang telah kami baca serta cari melalui internet untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Empat teori pembelajaran itu ialah Cognitivism, Behaviorism, Connectivism dan Constructvisme. Melalui pendapat-pendapat yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan yang lain menerusi perisian Padlet, secara tidak langsung saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai teori pembelajaran ini serta maklumat-maklumat lain mengenai teori-teori pembelajaran tersebut. Ada diantara rakan yang berkongsikan video, slide mahupun gambar yang menerangkan tentang teori-toeri pembelajaran tersebut. Seterusnya, Dr. Fariza meminta kami untuk membuat akuan Weebly. Ini merupakan pembelajaran yang sangat menarik kerana beliau meminta kami untuk membuat laman sendiri menerusi pembinaan e-Portfolio (Weebly). Dr. Fariza telah memperkenalkan kami cara pembinaan e-Portfolio dan meminta kami untuk meneroka apa itu Weebly seterusnya mencipta akaun sendiri sebagai salah satu hasil pembelajran dalam kursus ini. Pembelajaran mengenai Weebly ini adalah untuk membina satu laman web khas untuk akaun sendiri sebagai medium perkongsian maklumat kepada pengunjung ke laman web yang telah disediakan . Weebly adalah satu platform di mana ia menggunakan format widget di mana pengguna membuat halaman sendiri, mengedit beberapa elemen yang diingini untuk menarik perhatian pelawat seterusnya sebagai perkongsian yang bermakna kepada pelawat. Kelebihan menggunakan Weebly ini sangat menarik, mudah digunakan seperti drag dan drop untuk memudahkan pengguna dalam membuat kandungan yang diingin di dalam blog. Selain itu, pengguna boleh menggunakan tema yang diingini dan menambah blog ataupun standard page. Namun, kami telah diberikan 4 elemen yang utama dalam perkongsian Weebly ini, iaitu laman UTAMA, PENGAJARAN, TUGASAN dan REFLEKSI. Kuliah Dr. Fariza diteruskan lagi dengan memperkenalkan System Approach, ADDIE Model dan Coggle. Secara ringkasnya, System Approach terbahagi kepada tiga iaitu Hardware, Software dan System. 1. Hardware - melibatkan penggunaan perkakasan teknologi yang digunakan untuk murid-murid dalam sesi PdPc yang juga dikenali sebagai pendidikan teknologi. 2. Software - berkaitan dengan proses penghantaran, penerimaan, analisis dan pengumpulan data melalui perisian yang tersedia. Ia dikenali sebagai pendekatan perisian yang mana menekankan prinsip-prinsip pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran.
3. System Approach - lebih kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan. System Approach membantu dalam perkembangan pentadbiran pendidikan dan penggubalan pengajaran untuk lebih efektif. ------------------------------------------------------------------------------------- Model ADDIE yang telah dijelaskan oleh Dr. Fariza, melalui pemahaman saya secara ringkas, adalah berkaitan dengan penghasilan rancangan pengajaran dan pembelajaran penyampaian sesuatu pengajaran menjadi efektif dan efisien. Terdapat lima fasa dalam model ini iaitu :
Sebagai seorang guru, Model ADDIE ini sangat berguna supaya guru dapat melaksanakan PdPc dengan lebih lancar dan menarik. Pensyarah memberikan tugasan secara berkumpulan untuk membincangkan tentang Model ADDIE ini menggunakan satu perisian yang dinamakan Coggle. Perisian Coggle ini sangat efektif kerana ia merupakan perisian kolaboratif peta minda yang membantu untuk membina peta minda yang kompleks. Melalui perisian Coggle ini, perisian ini sangat menarik dan boleh digunakan dengan murid-murid untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana dapat dijalankan secara serentak melalui komputer yang berlainan. Secara berkumpulan tanpa menggunakan 1 komputer, kami dapat membuat hasil kerja menerusi komputer masing-masing. Ini merupakan satu pengalaman yang baharu buat saya sendiri kerana ini merupakan kali pertama saya menggunakan perisian Coggle. Padlet sangat sesuai digunakan dalam PdPc kerana ia sangat mudah untuk digunakan sebagai menyebarkan maklumat secara individu atau secara kumpulan. Sebagainya contoh, bagi pelajar yang malu untuk memberi hujah dalam kelas, guru boleh meminta mereka membuat rakaman untuk post dalam padlet yang disediakan oleh guru. Walaubagaimanapun, cara ini masih mempunyai kelemahannya kerana memerlukan rangkaian Internet yang kuat untuk memuat naik video dan mempunyai limitasi masa tentang video tersebut.
Padlet ialah web kolaboratif yang membolehkan pelajar menjadi seorang penghasil dan juga pada masa yang sama seorang pengguna dan bukan hanya sebagai seorang pengguna biasa (Sharon Tonner, 2011 dalam Mohammed Amin Embi, 2013). Padlet juga merupakan ialah aplikasi internet yang membolehkan pengguna menyiarkan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Malah, pengguna juga boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai (Sharon Tonner, 2011 dalam, Mohammed Amin Embi, 2013). Selain itu, Padlet juga boleh digunakan sebagai buku elektronik untuk mencatat nota peribadi, menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan, ruang untuk menyampaikan maklum balas dan sebagainya (Mohammed Amin Embi, 2013). Kelebihan Padlet.
Kelebihan Menggunakan Padlet dalam Pendidikan (Mohammed Amin Embi, 2013).
COMPUTER AS A TOOL
Komputer sangat penting dalam era globalisasi sekarang kerana fungsinya yang pelbagai. Kita boleh menggunakan komputer sebagai satu alat hiburan (game/video/muzik), mengakses maklumat secara online, menyediakan maklumat, alat untuk berinteraksi/berkomunikasi dan sebagainya. COMPUTER AS A TUTOR Dalam PdPc, sekiranya guru tiada dalam kelas, guru boleh menyediakan bahan bacaan yang boleh ditayangkan melalui komputer. Maknanya, komputer telah mengambilalih tugas guru sebagai tutor yang menyebarkan maklumat/perkongsian kepada para pelajar. Sebagai contoh, rakaman video guru yang telah direkodkan dapat dikongsikan kepada para pelajar. Isi pengajaran akan disebarkan boleh diaplikasikan dalam kelas ataupun di luar. Walaupun pelajar tidak berada di bawah pemantauan guru, melalui perkongsian ini, maklumat dapat dikongsikan supaya pelajar tidak ketinggalan topik yang ingin diperkenalkan oleh guru atau topik yang dibincangkan pada masa yang tertentu. Oleh itu, komputer boleh digunakan sebagai ganti kepada guru dengan penyebaran maklumat yang sangat berguna kepada para pelajar supaya mereka memperoleh maklumat serta boleh berkongsi pendapat diantara satu sama lain. COMPUTER AS A TUTEE Seorang guru boleh menggunakan komputer sebagai pemudahcara dalam penyebaran maklumat. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan slidepowerpoint untuk digunakan dalam kelas untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Aktiviti penilaian turut boleh dijalankan melalui perisian seperti hotpotatos, kahoot dan sebagainya supaya pelajar lebih bersemangat semasa pembelajaran di dalam kelas. Kaedah tradisional tidak lagi berkesan untuk zaman sekarang kerana ia dikatakan amat bosan. Justeru itu, guru haruslah menggunakan komputer dengan sebaiknya dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar dalam kelas. Walaubagaimanapun, penggunaan komputer kadang-kala masih terhad di kawasan pedalaman kerana capaian internet yang lambat ataupun tiada mempunyai talian internet. Oleh itu, guru perlu pandai dalam penggunaan komputer iaitu penyediaan maklumat secara offline supaya ia bukan lagi menjadi kekangan kepada para guru dalam PdPc.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Todaysmeet adalah perisian percuma untuk hosting perbincangan. Perbincangan boleh dilakukan di dalam kelas seperti perbincangan semasa tayangan video di kelas, sebagai alat yang cepat untuk aktiviti mengundi pelajar atau apa jua bahan, dan sebagai forum untuk pelajar untuk bertanyakan soalan tanpa menyatakan nama.
Tiga cara baik untuk menggunakan TodaysMeet dalam bilik darjah 1) Menggunakan TodaysMeet untuk membantu kuliah: Apa yang guru lakukan pada masa lalu adalah dengan menyiarkan persembahan slaid (slide show) di blog kelas dua hari sebelum membincangkan kandungan di dalam kelas. Kemudian di dalam kelas kita membincangkan kandungan tayangan slaid dan guru menambah "rempah" ke kandungan tayangan slaid. Walaupun perbincangan ini sedang berlaku, pelajar menulis soalan dan komen yang timbul dalam kepala mereka. Ini membolehkan lebih ramai pelajar untuk bertanya lebih banyak soalan dan berkongsi lebih banyak komen daripada jika mereka semua terpaksa mengangkat tangan dan tunggu untuk dipanggil untuk bercakap. 2) Menggunakan TodaysMeet sambil menonton video dalam bilik darjah: Menggunakan TodaysMeet untuk back-penyaluran sambil menunjukkan video adalah cara yang bagus untuk mengendalikan menjelaskan soalan dan komen dalam masa sebenar. Sebelum menggunakan backchannels apabila guru menunjukkan video, guru akan berhenti di pelbagai selang untuk membincangkan tindak balas dan soalan pelajar. Sekarang apabila guru menunjukkan video di dalam kelas, guru set-up backchannel menggunakan TodaysMeet. Ia membolehkan pelajar untuk merakam reaksi mereka kepada apa yang mereka lihat dan pada masa yang sama guru dapat menjawab soalan-soalan yang timbul kerana mereka menonton video itu. 3) Menggunakan TodaysMeet untuk mengumpul soalan dan komen tanpa ada nama: TodaysMeet tidak mempunyai pilihan yang mana memerlukan pengguna untuk log masuk dengan alamat e-mel. Ia bermakna bahawa pelajar anda tidak perlu ingat nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Ia membolehkan pelajar menggunakan mana-mana nama samaran mereka suka apabila mereka menyertai TodaysMeet anda. Jika anda mahu pelajar anda untuk menggunakan nama samaran dalam TodaysMeet anda, minta mereka untuk mereka menulis nama samaran apa yang mereka gunakan supaya anda dapat kenal pasti jika anda inginkan perbualan yang pergi jauh menyimpang daripada tajuk. |
Archives |