aktiviti : mari dengar ceritaLANGKAH PENGAJARAN :
Pada suatu hari Mail berjalan-jalan di tepi padang. Tiba-tiba dia terjumpa sebuah dompet. Dompet itu berisi banyak wang. Apakah yang Mail harus lakukan? 1. Guru membaca buku cerita bersama-sama kanak-kanak. Setelah selesai guru minta kanak-kanak :
2. Guru meminta kanak-kanak melakonkan semula watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut secara berkumpulan.
3. Semasa lakonan atau main peranan guru memastikan elemen berikut diberikan penekanan yang sewajarnya untuk mencapai objektif pengajaran.
4. Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dilakukan dan menasihati kanak-kanak supaya bersikap jujur di dalam kehidupan seharian. 5. Guru juga membaca pantun kepada kanak-kanak. Tudung periuk si tudung salji, Jatuh di atas si daun semalu, Sikap jujur amalan terpuji, Mari kita amalkan selalu.
0 Comments
AKTIVITI : MARI BERKAWANLANGKAH PENGAJARAN :
MARI BERKAWAN Datang ke sekolah seronok sekali, Bertemu kawan yang baik hati, Langkah ke kanan, langkah ke kiri, Langkah ke kanan sekali lagi.
Contoh : Kanak-kanak A : Selamat Pagi Kanak-kanak B : Selamat Pagi Kanak-kanak A : Nama saya Raflesia Bermas. Boleh saya tahu siapa nama awak? Kanak-kanak B :Nama saya Andy Romirho. Awak apa khabar? Kanak-kanak A : Khabar baik, terima kasih.
|
Archives |